Thursday, 7 August 2014

Penang Raya Char Kuew Teow


Penang Char Kuew Teow







Hai apa khabar kepada semua follower blog buat kuih raya, semuanya, sihat?. Sudah lama Irfan bercuti sempena "Hari Raya Aidilfitri", maklumlah bila dah dapat raya, sampai tak ingat apa-apa, termasuk blog kuih raya ini, hehehe :D... 


Selepas Hari Raya, Irfan mula tercari-cari apa resepi yang sesuai dihidangkan. Sebelum ini kita mungkin semua sudah lali dengan hidangan-hidangan Lemang, Ketupat, Almond London, Bahulu dan macam-macam kuih raya yang lain, tetapi hari ini Irfan terfikir ingin menyediakan resepi-resepi yang ringan dan tidak terlalu berat supaya sesuai dengan perut kita semua yang sudah terlalu kenyang selepas Aidilfitri.. hehehe :D






Bahan-Bahan Penang Raya Char Kuew Teow




* UTK PASTE *


200 gm udang (guna 12 ekor udang size L)

250ml air (masukkan ½ cawan sahaja, sebab air rebusan dah banyak)

4 ulas bawang putih di ketuk

6 sb sos tiram

3 sk kicap pekat

3 sb kicap manis

1 kiub pati ikan bilis

*2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)

*1 sk gula

*** Garam dan gula secukup rasa..






* UTK MEE *

300gm kuey teow ( untuk 3 pinggan, boleh guna yang halus tu)

1 sb cili boh

Kerang

Sedikit kucai & taugeh

1 biji telur 




 

Penyediaan Untuk Paste

 

1) Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya.

2) Air rebusan jangan buang. Kupas udang. Asingkan isi dari kulit serta kepala.

3) Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pati udang ni.

4) Campurkan semua bahan untuk paste dengan air pati udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.

5) Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dalam fridge.



 



Penyediaan Untuk Mee


1) Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dalam 4sb paste tadi (guna 2 senduk kecil).

2) Masukkan udang yang telah direbus tadi dan kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

3) Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata.

4) Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dalam 3-4 minit sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.

** Lagi satu, kena goreng char kuew teow ni sepinggan-sepinggan. Contohnya kalau nak goreng tiga pinggan, maka kena guna tiga biji telurlah ya, begitu juga dengan cabai tu :)








Penyediaan Penang Char Kuew Teow



Perhatian Tip Penting : Kalau nak dapatkan feel menggoreng char kuew teow seperti di kedai, ketuk-ketukkan sedikit senduk di kuali, jadi masa masaknya memang dapur akan bunyi kung kang kung kang jelah!:P hahah. ..





No comments:

Post a Comment