Hai apa khabar semua??, diharapkan semua dalam keadaan sihat sekali~. Hari ini merupakan hari ke-2 yang terakhir sebelum kesemua umat Islam akan menyambut ketibaan Hari Raya^^. Sebelum itu, kesempatan ini Irfan ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI" kepada kesemua follower-follower blog buat kuih raya yang beragama Islam dan kepada yang bukan beragama Islam juga.. "Selamat Hari Raya", jikalau ada silap dan salah kira kosong 0-0 kosong, ok ;). Irfan juga ingin mengambil kesempatan menyediakan resepi cornflakes madu, maklumlah resepi ini sangat sesuai dihidangkan ketika hampir tiba waktu Hari Raya, kalau buat awal-awal takut lak abis diratah oleh anak2 kecil coz rasanya yang sedap dan rangup~..
Credit to : totcupcakes
Bahan-Bahan Cornflakes Madu
Set A
150 gram butter
90 gram gula kastor (boleh juga guna gula perang, tapi lebihkan 10 gram)
5 sudu besar madu
Set B
250 gram Cornflakes (di ramas pecah)
100 gram Almond Nib
Cara Menyediakan Cornflakes Madu
Cairkan butter dan gula dan masukkan juga madu.
Campurkan cornflakes yang di ramas sehingga pecah ke dalam adunan butter cair.
Campurkan Almond Nib dan gaulkan sehingga rata.
Sudukan adunan cornflakes ke dalam mangkuk.
Bakar pada suhu 180'c selama 15-20 minit.. sehingga bahagian atas bertukar warna agak keperangan.
Sejukkan dan boleh dimakan!;)
Mudah bukan??;)
No comments:
Post a Comment