Sunday, 7 July 2013

Cara Buat Maruku Gunting

MARUKU GUNTING

Hari ini irfan akan tunjukkan cara buat maruku gunting...Maruku gunting merupakan salah satu makanan kegemaran seisi keluarga ketika hari raya..Tambahan pula maruku gunting merupakan makanan kegemaran irfan ketika kecil hehe..

cara buat maruku gunting


                    Bahan-bahan maruku gunting

  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
  • 1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
  • secubit garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 110-120ml air (campurkan sikit-sikit, jangan letak sekali terus...)
  • sedikit daun kari untuk gorengan (ini terpulang pada anda.)
  • minyak untuk menggoreng secukupnya


buat maruku gunting



                          Cara-cara buat maruku gunting


       Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk
  • Tuang bahan kisar kedalam tepung
  • masukkan garam dan minyak dan gaulkan
  • Masukkan air sedikit demi sedikit....sampai adunan kenyal
  • Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap
  • Buatkan bola2 kecil untuk mudah mencanai
  • Kemudian canai nipis2...& panjang
  • taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat
  • potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting
  • ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai
  • pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat
  • Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (untuk tambah bau aroma)
  • Bila dah garing angkat dan sejatkan
  • Siap untuk dimakan

Nikmati hidangan Maruku Gunting bersama keluarga anda sempena hari raya ini okey, huhuhu..


      Sumber : Facebook

        No comments:

        Post a Comment