Thursday, 11 July 2013

Cara Buat Biskut Makmur

Biskut Makmur

Cara Buat Biskut Makmur


Hai apa khabar semua?? diharapkan semua sihat yer..Walaupun kali ini kita sudah mula berpuasa, Irfan berharap puasa kita diberkati oleh tuhan...Di sini Irfan ingin tunjukkan kepada anda Cara Buat Biskut Makmur...Ramai yang menanti-nanti bagaimana untuk membuat biskut makmur ini.. Di sini ialah beberapa step2 untuk membuatnya..


Apa lagi ambil pen dan kertas untuk menulis cara-caranya..hehehe



Bahan-bahan Biskut Makmur ( 1 Balang saiz sederhana )


Tepung Gandum ( 1 kg )
Minyak Sapi Tulen ( Ikut lembut adunan )
Kacang Tanah ( Di goreng tanpa minyak )
Telur ( 3 Biji )
Gula Aising

Cara-cara Membuat Biskut Makmur


1. Panaskan tepung dalam kuali. Kaedah ini dilakukan supaya biskut yg dibuat nanti tidak melekat di lelangit apabila dimakan.
2. Ayak tepung sebentar tadi,supaya tiada ketulan kecil.
3. Kacang digoreng tanpa minyak sehingga masak. Kemudian buang kulitnya.
4. Kacang tanah yang sudah dibuang kulitnya dikisar halus.
5. Cairkan minyak sapi
6. Gaul tepung gandum bersama kacang tanah, telur dan minyak sapi sehingga sebati.
7. Apabila adunan suda sebati dan sesuai untuk dibulatkan. Bolehlah mula membulat adunan kecil-kecil sedikit demi sedikit.
8. Setelah siap,bolehlah dimasukkan kedalam ketuhar untuk dimasak.
9. Biskut yang sudah masak, bolehlah digulingkan kedalam gula aising.
Siap untuk dimakan.


Jeng-jeng...dah siap pun...Amacam mudah tak?...Buatnya tidaklah sesukar mana yang penting keinginan untuk membuatnya..
 
Di bawah ini Irfan ingin perkenalkan kepada anda sebuah buku panduan dari saudara Puan ''Joriah Nordin'' bagaimana untuk membuat biskut raya yang sedap...Jikalau anda berminat untuk mendapatkan buku panduan yang mudah dalam membuat biskut raya, boleh beli di bawah ini...
 
 
 
 


Pss...Dengar khabar ramai yang sudah mendapatkannya anda bila lagi...

3 comments:

  1. berapa minit nk kena masak ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekitar 40 minit diperlukan untuk masa keseluruhan dari langkah 1 hingga 9, manakala masak di dalam ketuhar iaitu bermula langkah ke 8, hanya memerlukan sekitar 20-30 minit untuk benar-benar masak bergantung pada saiz. :)

      Delete