Monday, 18 August 2014

Dadih Lazat Coffeemate


Resepi dadih lazat ini yang diambil hidangan sekeluarga.



Resepi Dadih Lazat Coffeemate







Memang sedap. Licin dan lembut je bila lalu kat anak tekak. Tambah-tambah yang dah didinginkan terlebih dahulu. Sapa-sapa yang berminat, boleh cuba yer, tidak kira waktu :)...




 
Dadih Lazat Coffeemate


Sumber : Yatie Memories 





 

Bahan-Bahan Dadih Lazat Coffeemate ( 20 cup kecil )


  • 10 gm agar-agar serbuk 

  • 1 1/2 cawan gula pasir 

  • 3 liter air (dalam 12 cawan) 

  • 200 gm Coffemate Creamer 

  • 1 tin susu sejat/ cair 

  • Perisa jagung, strawberry emulco, perisa pandan dan perisa keladi 



     





    Cara Menyediakan Dadih Lazat Coffeemate

     


  • Dalam periuk yang bersih, masak air, agar-agar serbuk dan gula sampai mendidih. Kacau rata. 

  • Perlahankan api dan masukkan creamer coffeemate dan kacau sampai creamer menjadi larut. 

  • Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutup api. 

  • Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa yang dikehendaki. 

  • Boleh bahagikan pada 4 bahagian dan satu bahagian letak perisa jagung, 1 perisa keladi, 1 perisa pandan dan satu lagi perisa strawberry. Ikut selera masing-masing lah ya. 

  • Kacau cepat-cepat setiap perisa tu, dan tuang ke dalam bekas. Biarkan sejuk dan bolehlah di masukkan dalam peti ais.








No comments:

Post a Comment