Tuesday, 19 August 2014

Tepung Pelita ❤








Bahan-Bahan Tepung pelita ( 12 cups- bergantung pada saiz bekas )

 

1 cawan tepung beras

1 cawan gula

5 cawan air

4 sudu besar tepung beras (ratakan)

1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan

4 helai daun pandan di mesin dengan sedikit air

sedikit kapur dan sedikit garam







Cara-Cara Menyediakan Tepung pelita



1) Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.

2) Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.

3) Masakkan tepung yang diadun dan kacau sehingga masak dan berkilat.

4) Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Gunakan daun pisang lagi sedap.

5) Masak santan yang diadun tadi dan kacau sehingga pekat.

6) Angkat santan dan curah ke atas tepung yang di dalam acuan tadi.

7) Sejukkan.





No comments:

Post a Comment