Friday, 15 August 2014

Kek Coklat Koko Kukus


Resepi Kek Coklat Koko Kukus








Bahan-Bahan Kek Coklat Koko Kukus


1 cawan susu cair

1 cawan susu pekat

1 cawan gula pasir (boleh kurangkan 2 sudu)

1 cawan serbuk koko

4 biji telur

1 cawan minyak

2 cawan tepung gandum (sama juga, boleh kurangkan dalam 2 sudu)

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder





Cara Menyediakan Kek Coklat Koko Kukus



1. Campurkan susu cair, susu pekat, gula pasir dan serbuk koko di dalam periuk.

2. Masak di atas api 4 bahan tersebut dengan api yang perlahan.

3. Hendaklah dikacau selalu sehingga semuanya sebati. Tutup api dan sejukkan.

4. Pukul telur hingga kembang dan gebu.

5. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.

6. Masukkan bahan yang dimasak berselang-seli dengan tepung. Sebatikan.

7. Akhir sekali, masukkan minyak. Tuangkan ke dalam loyang.

8. Kukus sehingga masak dan sedia untuk dihidang^^






No comments:

Post a Comment