Saturday, 19 July 2014

Biskut Ferrero Rocher ❤


Menyediakan Biskut Ferrero Rocher







Bahan-Bahan Biskut Ferrero Rocher



250gm butter

80gm gula icing

20gm qroquant/cornfleks hancur

360gm tpg gandum

100gm almond powder

40gm tpg jagung

1/2 sdt esen vanilla

Almond nibs secukupnya (untuk menyalut biskut)

3 biji putih telur (untuk melekatkan almond nibs dengan biskut)

Coklat masakan secukupnya (untuk menyalut biskut)





 

Cara Menyediakan Biskut Ferrero Rocher 

  


- Putar butter & gula sebati masukkan qroquant.

- Masukkan esen vanilla.

- Masukkan tepung gandum,almond powder & tepung jagung. Uli sebati.

- Panaskan oven suhu 150c.

- Bulatkan adunan mengikut saiz yang dikehendaki. Letakkan dalam dulang pembakar yang sudah dilengser dengan marjerin.

- Bakar suhu 150c selama 20-25 minit.

- Golekkan biskut yang telah dibakar ke dalam telur putih, kemudian golekkan di atas almond nibs.

- Bakar balik biskut lebih kurang 5 minit.

- Cairkan coklat masakan dan golekkan biskut dalam coklat & masukkan ke dalam paper cup.
  Biarkan sejuk dan siap untuk dihidang...;)





 
Selamat Mencuba...^^












No comments:

Post a Comment