Bahan-bahan Popia Twin
/Kulit popia
/2 biji telur
/1/4 cawan susu segar
/Sedikit minyak masak
/Serbuk lada sulah
/Sedikit garam
/Sosej yang dicelur seketika dan dibelah 2
Cara Menyediakan Popia Twin
- Pukul telur, garam dan lada sulah dengan susu segar sehingga rata.
- Panaskan kuali.
-Letakkan sedikit minyak.(anggaran dlm 3 sudu besar minyak)
- Masukkan adunan telur tadi.
-Goreng telur tersebut sehingga masak. (kacau telur tersebut hingga menjadi telur hancur)
- Sediakan kulit popia.
-Ambil sehelai kulit popia.
-Letakkan sosej dan diikuti oleh telur hancur diatas popia. (letak bhn-bhn seperti membuat popia biasa)
-Gulung popia tersebut.
-Letakkan pelekat. (tepung +air =gam makanan)
-Goreng popia tersebut sehingga masak/kekuninggan.
- Untuk sos- tumbuk lumat 2 ulas bawang putih dan campurkan dengan sos cili.
@Siap, untuk dimakan^^
@Lagi sedap kalau dicicah dengan sos cili bawang putih tadi. Boleh juga sediakan sendiri Sos Popia ni.
Bahan-bahan Sos popia
/5 biji cili merah - belah dua buang biji
/1 ulas bawang putih
/1 sudu kecil cuka
/Secubit garam
/Gula secukupnya
/Sedikit air masak - untuk blend
Cara Menyediakan Sos Popia
1. Masukkan kesemua bahan diatas ke dalam blender dan kisar halus.
2. Boleh juga jika ingin dimasak atas api sebentar hingga mendidih sedikit.
3.Letak sedikit garam dan
gula sesedap rasa, kacau sebentar dan angkat.
4. Hidangkan bersama Popia Twin ketika masih panas.
No comments:
Post a Comment