Sunday, 23 February 2014

Resepi Kek Batik

Kek batik sudah menjadi fenomena di kalangan anak muda masa kini. Hal ini demikian kerana, penyediaannya agak mudah, dan tidak memerlukan kos yang banyak dalam penyediaan bahan. Di tambah dengan rasa yang lazat, tidak hairanlah ianya menjadi sebutan ramai. Berikut merupakan resepi kek batik yang anda patut cuba sendiri.


bahan kek batik





Bahan-Bahan

- 250g Biskut Marie (warna cream)
- 150g buttercup
- 1 cawan Milo
- 6 sudu serbuk koko
- 4 biji telur
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 cawan air kosong



Langkah-Langkah

1. Patah-Patahkan Biskut Marie. 





2. Masukkan milo, serbuk koko, telur, susu dan air ke dalam kuali dan gunakan api yang sederhana.

serbuk koko



3. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan buttercup. 

cara buat kek batik


4. Gaul hingga pekat dan sekata, kemudian padamkan api.
  
5. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul. 




6. Mampatkan adunan yang telah siap digaul tadi ke dalam satu bekas. 




7. Masukkan ke dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.




SIAP PUN :)



**************

Silakan Share dan Like yer^^





Sumber : wowresepi.blogspot.com


No comments:

Post a Comment