Hai apa khabar semua follower-follower blog buat kuih raya, hari ini Irfan berbesar hati untuk menyediakan resepi Asam Laksa, maklumlah sudah lama Irfan tidak menyediakan resepi Asam Laksa ini, takut pula lupa nanti hohohoho.
Okey seperti biasa, sebelum Irfan ingin menyediakan cara-cara untuk menyediakan Asam Laksa ini, Irfan ingin menerangkan serba-sedikit info mengenai Asam Laksa. Sambil kita memasak kita luaskan ilmu kita juga^-^
Asal Usul Laksa
Sebenarnya asal-usul laksa ini masih tidak jelas, kerana terdapat berbagai-bagai sumber yang terdapat. Tetapi, ada sebuah teori yang sangat kuat mengatakan Laksa adalah dari unsur-unsur Hindi ataupun Lakshah Parsi. Merujuk kepada sejenis mihun, yang mana boleh diperolehi dari lakshas Sanskrit (लकशस्) yang bemaksud "satu ratus ribu" (lakh).
Terdapat juga sumber mengatakan "laksa" itu diperolehi dari perkataan Cina 辣沙, bermaksud "Pedas Pasir" (Spicy Sand) disebabkan udang kering tanah yang memberi satu jalinan bergrit atau berpasir pada sos itu.
Asam Laksa
Asam laksa adalah sup berasaskan ikan masam. Ia disenaraikan kedudukan nombor 7 pada 50 makanan paling lazat di Dunia menurut CNN Go pada tahun 2011 (wah ini merupakan sebuah pencapaian yang patut dibanggakan.) Asam (atau asam jawa) ialah perkataan Melayu untuk asam jawa, yang biasa digunakan untuk memberi rasa masamnya. Ia juga biasa digunakan melalui asam keping (juga dikenali sebagai asam gelugor), hirisan kering manggis masam untuk menambahkan rasa masam.
Itu ler info serba sedikit mengenai Asama Laksa ini. Sebelum Irfan melalut sampai esok pagi baik Irfan teruskan dengan Resepi Asam Laksa ini^^
Resepi Asam Laksa
Penyediaan:
20 Minit | Memasak:
40 Minit Jumlah
Hidangan:6-8 Orang
(kalau x cukup terpaksa korbankan salah sorang hohoho ;))
Bahan
A:
2 liter air
1 kg ikan kembung
100 gm asam gelugur (basuh)
100 gm daun kesum
100 gm lengkuas (titik)
1 batang serai (titik)
1 kuntum bunga kantan (potong)
3 sudu kecil pes otak udang
1 kg laksa basah
Garam secukup rasa
Bahan B:
Nenas (hiris)
Timun (potong nipis dan panjang)
Lada merah (hiris)
Bawang besar (hiris)
Daun pudina
Sedikit petis
Sedikit hirisan bunga kantan
2 liter air
1 kg ikan kembung
100 gm asam gelugur (basuh)
100 gm daun kesum
100 gm lengkuas (titik)
1 batang serai (titik)
1 kuntum bunga kantan (potong)
3 sudu kecil pes otak udang
1 kg laksa basah
Garam secukup rasa
Bahan B:
Nenas (hiris)
Timun (potong nipis dan panjang)
Lada merah (hiris)
Bawang besar (hiris)
Daun pudina
Sedikit petis
Sedikit hirisan bunga kantan
*********************************************************************
Cara
menyediakan:
1. Didihkan air dan rebuskan ikan kembung hingga masak. Angkat dan buangkan tulang ikan. Kemudian siat-siatkan isi ikan.
2. Tapiskan air rebusan ikan tadi dan campurkan bersama isi ikan, asam gelugur, daun kesum, lengkuas, serai dan bunga kantan.
3. Kemudian masukkan pes udang dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
4. Sewaktu merebus kuah asam laksa, anda bolehlah tuangkan sedikit air lagi.
5. Dan boleh lah dihidangkan.
6. Tambahan:- Boleh juga ditambah hirisan nenas, potongan cili merah atau cili padi (bagi mereka yang suka pedas) dan segala di Bahan B tersebut.
(Tambahan ini jikalau anda tak buat pun takpe, terpulang pada setiap individu tetapi lebih baik buat, baru nampak asam laksa sebenar :))
Siap....
Silakan Share dan Like yer...
No comments:
Post a Comment