Bahan-Bahan Puding Pelangi
13g serbuk agar-agar
750ml air
200gm gula pasir ( kalau nak kurang manis buat dalam 180gm )
80g mentega
1 biji telur
250g susu cair
1 tbsp tepung kastad
1 tbsp serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
Pewarna warna hijau dan pink secukupnya ( warna-warna lain pun boleh )
Cara Buat Puding Pelangi
- Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.
- Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepung kastad dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
- Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau sehingga rata. Seterusnya tutup api.
- Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk ( sama banyak ). Bubuh koko ( campurkan sedikit air dulu ) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata, adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing-masing boleh letak kuning dan merah.
- Sengetkan loyang / apa-apa bekas puding sedikit ( contoh bekas square 7x7in ) Biar satu hujung tu tinggi ( lapik / alaskan dengan apa-apa untuk tinggikan).
- Mula-mula tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang / bekas ( dihujung yg paling rendah tu ), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan terakhir sekali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat langkah ini sehingga semua adunan habis.
- Bila dah siap, letakkan semula loyang / bekas ke kedudukan asalnya. Masukkan ke dalam peti sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Mencorak Puding Pelangi
Credit photo to : sue-hasue.blogspot.com
Di sini juga ditunjukkan bagaimana cara
mempelangikan puding ini...
Boleh rujuk resepi
di atas untuk membuat adunan puding. Langkah yang ditunjukkan ini,
pada nombor 5-7.. Cara yang amat mudah.
>> Pertama sekali,
basahkan loyang atau bekas sesuai ( tujuan basahkan loyang supaya
puding senang nak keluarkan nanti. Seterusnya letak sesuatu di
bawah loyang untuk meninggikan sebelah loyang tu sedikit. Boleh
gunakan tuala bersih misalnya seperti ditunjukkan dalam gambar. Kalau
tiada, boleh gunakan kotak yang dilipat tebal atau suratkhabar..
Jangan gunakan kasut si suami sudah ler. :C
>> Mulakan dengan
menuang adunan merah satu senduk, dan adunan akan menggelongsor turun
ke bahagian rendah dengan kuasa graviti. Susuli dengan menuang
adunan coklat dari atas / tengah loyang dengan perlahan-lahan dan
kemudian warna hijau. Ulang lagi dengan menuang warna merah, coklat,
hijau. ( Sila gunakan senduk yang sama saiz bagi setiap warna)
>> Apabila adunan
hampir habis, tiada tempat dah nak gelongsorkan adunan tu dekat
lantai loyang. Jadi gelongsorkan dari dinding loyang pula seperti
ditunjukkan dalam gambar di atats.. Ini untuk memastikan ia tetap
membentuk pelangi. Jangan bubuh terus je kadang-kadang warna
tenggelam. Menitik-nitik tu, sudah tentu boleh dikemaskan kemudian..
>> Setelah siap,
pegang loyang menggunakan sebelah tangan dan sebelah lagi menarik
tuala. Letakkan loyang perlahan-lahan dan tunggu sejuk sebelum di
simpan dalam peti sejuk.
Artikel Berkaitan. :
No comments:
Post a Comment