Bahan Cream Puff
100ml air
45gm buttter-suhu bilik ( Dipotong dadu )
60gm tepung gandum ( Di ayak )
2biji telur
1/2 sudu gula ( Ditambah)
Cara Buat Cream Puff
1. Persediaan awal.
Panaskan oven pada suhu 200c. Letakkan dulang pembakar dengan kertas minyak.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk dan kacau sebentar. Letak di tepi dahulu.
3. Masukkan air, gula dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Apabila sudah mendidih boleh tutupkan api.
4. Masukkan tepung dan kacau dengan cepat-cepat.
5. Panaskan semula adunan dengan api yang sederhana sehinggalah nampak kepingan nipis terbentuk pada periuk ( kira macam kerakler ). Kemudian padamkan api.
6. Masukkan telur dan kacau cepat-cepat ( kacau sehingga adunan betul-betul sebati. Masa ini amat penat dengan tangan mengayuh )
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipekan atas dulang pembakar dengan anggaran 5cm setiap satunya.
8. Tekan bahagian tanduk yang terhasil spy cream puff nampak cantik.
9. Spray permukaan cream puff dengan air ( penting tau kena spray ).
10. Bakar pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff beberapa minit dalam oven sebelum dikuarkan.
11. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan fillingnye.

Bahan Fresh Cream Filling
250ml fresh cream
1 sudu gula
1 Sudu esen vanila ( kalau pergi kedai
bakery cari yang creamy vanilla.. Memang sedap! )
Cara Menyediakan Fresh cream filling
1. Fresh cream (
dari peti sejuk), gula dan esen vanila masukkan di dalam mangkuk.
Putar sehingga ia kental.
No comments:
Post a Comment