Wednesday 25 March 2015

Resepi Tauhu Telur Dan Sos Tiram


Resepi Tauhu Telur Goreng


Bahan Resepi Tauhu Telur dan Sos Tiram

 


300g Tauhu Telur

2 ulas Bawang Putih

¼ bj Bawang Besar

½ inci Halia

2 cmb Sos Tiram

1 cmt Kicap Manis

2 bj Cili Padi

3 tangkai Daun Bawang

10 bj Tomato Ceri

½ cmt Garam

1 cmb Gula

1 cawan Minyak Masak

½ cmb Tepung Jagung

Air








Cara Buat Tauhu Telur dengan Sos Tiram 



  1. Potong tauhu telur setebal ½ inci. Panaskan minyak masak dan goreng tauhu telur sehingga keperangan. Angkat, tuskan dan ketepikan. 

  2. Keluarkan minyak masak sehingga tinggal 1 cmb sahaja. Panaskan lagi. 

  3. Ketuk bawang putih, hiris bawang besar, halia diracik halus dan tumiskan sehingga wangi. 

  4. Masukkan sos tiram, kicap, cili yang dibelah dan ½ cawan air. 

  5. Perasakan dengan garam, gula dan asam. Biarkan mendidih. 

  6. Bancuh tepung jagung dengan ¼ cawan air. Sewaktu kuah mendidih, tuangkan larutan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan pantas. Hentikan menuang larutan tepung jagung apabila dirasakan kuah menjadi pekat seperti yang digemari. 

  7. Akhir sekali, masukkan tauhu telur, totamo dan daun bawang. Hidangkan bila daun bawang sedikit layu.



No comments:

Post a Comment