Friday 12 July 2013

Resepi Biskut Semperit


Resepi Biskut Semperit

Biskut semperit adalah antara biskut yang dikenali sebagai biskut tradisional Malaysia..Secara kebiasaanya ia dihidangkan ketika sambutan hari raya untuk tetamu-tetamu. Semperit diperbuat daripada tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard, gula dan marjerin. Bahan-bahan ini dicampurkan bersama-sama untuk menjadikan doh.


Seterusnya, doh itu digulung dan dipotong menjadi kepingan kecil, yang dibakar sehingga kuning keemasan. Semperit bersedia untuk di makan ketika ia sejuk.

 



Penyediaan : 25 Minit | Memasak: 30 Minit   55 Minit Masa keseluruhan / Jumlah Hidangan: 8 

 

Bahan-bahan Biskut Semperit

  • 260g tepung gandum
  • 350g butter
  • 200g gula aising
  • 2 biji telur
  • 200g tepung kastard
  • 100g tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • ceri merah dan ceri hijau untuk hiasan

Cara Membuat Biskut Semperit

  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berwarna putih, kemudian masukkan telur dan esen vanila. Pukul sehingga kembang.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung. Kacau dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Masukan adunan ke dalam acuan semperit dan tekan di atas dulang pembakar yang sudah di gris.
  4. Hias ceri di atasnya.
  5. Akhir sekali bakar dalam ketuhar dengan suhu 180°C selama 10-15 minit atau sehingga masak. 

Selepas bakar tersebut tunggu dalam 10-15 minit angkat dan sediakan seperti begini..


Credit to : iresipi.com

Amacam mudah kan? buat biskut semperit tidaklah sesukar mana yang penting keinginan untuk mencuba..

Jikalau anda ingin belajar cara yang lebih mudah dalam membuat biskut raya, anda boleh beli buku dari Puan Joriah Nordin ini bagaimana untuk membuat pelbagai biskut kuih raya yang beraneka jenis dengan hanya berpandukan bukunya yang sangat mudah...
 
 
Ramai yang mengatakan bukunya antara buku panduan biskut raya yang terbaik di Malaysia..Harga bukunya sangat berpatutan hanya RM 20 berbanding ilmu yang dicurahkan..

Anda boleh dapatkan bukunya di bawah ini....


No comments:

Post a Comment