Wednesday, 24 September 2014

Puding Coklat Sos Kastard


Resepi Puding Coklat Sos Kastard





Rujukan :Kak Nor Secubit Garam



Bahan-Bahan Puding Coklat ( 8-10 orang makan )



10 gram serbuk agar-agar ( plain )

500 ml susu segar

250 ml susu cair

200 ml air

3/4 cawan gula pasir

3 sudu besar susu pekat

3 sudu besar serbuk koko ( bancuhkan dengan sedikit air panas )

2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air

2 sudu besar mentega

1 sudu kecil esen vanilla





Cara Menyediakan Puding Coklat


1) Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. 

2) Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. 

3) Masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. 

4) Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.



 

Bahan Sos


2 1/2 cawan susu segar/susu cair

3 sudu besar tepung kastard

5 sudu gula pasir

1 sudu kecil esen vanilla

Cara Menyediakan Bahan Sos

 


1) Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut.

2) Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi.

3) Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka. :)








No comments:

Post a Comment