Resepi Siakap Stim Dengan Jus Limau
Bahan-Bahan Siakap Stim Dengan Jus Limau
~1 ekor ikan siakap (boleh potong
setengah sebab besar sangat .. kadang-kadang tak muat hehe.)
~1 labu bawang besar
~4 labu bawang merah
~1 ulas bawang putih
~Seinci halia
~2 biji asam boi - ambil sedikit airnya
~2-3 camca sos ikan
~2 camca sos tiram
~Sedikit garam
~Sedikit gula
~Cili padi
~1 biji limau nipis- perah dan ambil airnya
~1/2 sudu teh tepung jagung
Penyediaan Siakap Stim Dengan Jus Limau
1) Bawang merah dan Bawang putih di blend halus.
2) Masukan dalam mangkuk dan campurkan
dengan sos tiram, halia, sos ikan, gula, cili padi,air limau dan
sedikit tepung. Kesemuanya diambil dalam setengah sudu kecil.
3) Campurkan dan gaulkan sehingga larutan sebati, akhir sekali masukkan asam boi .
4) Panaskan kukusan, tuangkan larutan kedalam bekas yang hendak di kukus.
5) Kukus sehingga air itu mendidih dan
sedikit pekat.
6) Masukan ikan dan kukus sehingga ikan
masak.
7) Tutupkan api taburkan daun ketumbar
dan hidangakan~.
Amacam sedap bukan^^ Fuhh~
No comments:
Post a Comment