Loyang 4 segi 9x9in
Credit to : linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
- 4 sudu besar gula pasir
Bahan-Bahan B (Puding)
- 1 paket agar-agar serbuk 10g
- 4 cawan air
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 3sb tepung kastard
- 1 sk esen vanilla
Cara Menyediakan Puding Karamel Tanpa Telur
- Pertama sekali, buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan.
- Satukan semua bahan B. Kacau atas api. Adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastad akan bergentel dengan mudah.
- Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
- Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok sehingga puding mengeras. Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.^^
Note: Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais
Tak rugi kalau follower2 blog kuih raya mencubanya~
No comments:
Post a Comment