Kek Span Cheese rasanya seperti gebu umpama kapas
membuatkan kita tidak berhenti untuk menyuap. Sedap dimakan ketika
panas dan suam. Menggunakan asas-asas (basic) Resepi Kek Span sahaja
ditambahkan dan diolah sedikit dengan penambahan cream cheese. Maka
terhasil Resepi Kek Span Cheese.
RESEPI KEK SPAN CHEESE
Bahan-bahan (Saiz 9inci )
150g Tepung Super Fine
1 st serbuk penaik
150g gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovellete
80ml air biasa
80ml minyak/butter cair
250g cream cheese
Cara Menyediakan Kek Span Cheese
- Cairkan cream cheese secara double boil. Sejukkan sebentar.
- Tepung super fine dan serbuk penaik perlu diayak terlebih dahulu.
- Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan.
- Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi. (tapi terletak kepada kelajuan pengadun itu sendiri)
- Perlahankan kelajuan dan masukkan air, pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama beberapa minit atau sehingga aduan kek benar-benar ringan.
- Tuangkan minyak atau mentega cair dan juga cream cheese ke dalam adunan dan gaul dengan senduk atau spatula sehingga sebati.
- Sediakan tin pembakar bulat 9 inci atau 4 segi ukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 150 –180 darjah celcius.
- Bila dah masak terus keluarkan dari oven dan telangkup di atas redai kek. Dalam lebih kurang 5 minit, bagi mengelakkan kek kita kecut.
- Kemudian boleh diterbalikkan semula kek, biarkan sejuk sebentar. Keluarkan kek dari loyang. Sejukkan di atas redai.
- Kek dimasak menggunakan api bawah dan atas^^
Siap Pun ≥≧≦≤
.^◡^.
Credit to : linapg.blogspot
Share dan Like Ok..
No comments:
Post a Comment