Tuesday, 4 March 2014

Cara Membuat Jus Pegaga


resepi jus pegaga

Hai apa khabar semua?? Harap semua sihat-sihat belaka :) Hari ini Irfan sempat pergi ke pasar tani di kawasan Irfan, Irfan melihat pelbagai daun-daun berkhasiat antaranya Daun Pegaga, Irfan pun berfikir apa kelebihan daun pegaga ini kepada orang ramai... Hmmmm, setelah lama Irfan berfikir baru Irfan dapat tahu bahawa daun pegaga ialah salah satu herba yang sangat kaya dengan pelbagai vitamin. Setelah mencari dari buku resepi dan search dari sumber2 yang dipercayai, Irfan make decision ingin menunjukkan cara-cara menyediakan Jus Resepi Pegaga^^




 

Bahan-bahan Jus Pegaga ( 1-2 gelas )

  • 100 gm pegaga (cuci dgn air garam bersama akarnya sekali)
  • 3 camb gula perang (boleh tambah atau kurangkan)
  • 500 ml air masak
  • 5-7 ketul ais


 

Cara-cara
  1. Masukkan air masak ke dalam periuk bersama gula perang dan masak sehingga mendidih. Selepas itu biarkan sejuk.
    jus pegaga, cara buat pegaga

2. Kemudian kisar daun pegaga bersama air gula tadi. Tapiskan jusnya.

3.Masukkan semula jus tadi ke dlm pengisar dan kisar bersama ketulan ais selama 1 minit. Siap dan boleh diminum. Selamat Mencuba!

** Setiap 10 g bahagian pegaga yg blh dimakan mengandungi air 87.7g, protein 2.0g, lemak 0.2g, karbohidrat 6.7g, serat 1.6g, kalsium 171mg, fosforus 32mg, B2 0.19mg, niasin 0.1mg dan Vitamin C 48.5mg.





 
KELEBIHAN KHASIAT PEGAGA:

* Lancarkan perjalanan darah
* Segarkan badan
* Naikkan seri wajah
* Kecutkan peranakkan untuk wanita
* Turunkan berat badan
* Hilangkan rasa gatal di vagina
* Ubat darah tinggi
* Ubat kencing manis
* Awet muda


 
khasiat daun pegaga, vitamin daun pegaga, wiki daun pegaga
Ada beberapa jenis pegaga seperti:
1) Pegaga Kampung - banyak tumbuh liar di kawasan kampung
2) Pegaga air - selalunya ditanam sebagai hiasan
3) Pegaga salad - biasa dijual di pasar.




Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.


#Sangat banyak khasiatnya jus ini. Apatah lagi kalau kita buat sendiri, boleh dapatkan bahan-bahan yang segar dan tiada pengawet. Penting ia selamat dan baik untuk kesihatan.





cara buat jus pegaga 
 
Sila cuba di rumah.. )

No comments:

Post a Comment