Hai apa khabar semua, diharapkan semua sihat sekali. Pagi tadi Irfan sempat pekena Air Cendol Pandan memang sedap betulll, fuh rugi tak cuba^-^. Kalau follower2 blog kuih raya nak tahu cendol ini merupakan sejenis minuman pencuci mulut yang boleh dijumpai di negara-negara Asia Tenggara. Kalau tak percaya cuba follower2 try pergi kat Brazil gerenti tak jumpa cendol ini hohoho.
Kebiasaan ramuan asas cendol terdiri daripada santan, jeli hijau (pewarna pandan),pulut,ais dan Gula melaka. Selain daripada bahan asas ini, cendol boleh ditambah bahan lain seperti Kacang merah, pulut, jeli hitam dan jagung bergantung kepada selera penjamunya.
Untuk menghasilkan Air Cendol Panda, opss silap Pandan ;) ini merupakan cara-caranya ❤
Bahan-bahan ( sekeluarga )
- 1 liter santan - daripada 1 biji kelapa (lebihkan jika suka pekat lagi)
- 1 helai daun pandan - disimpul
- garam secukup rasa
- secukup cendol pandan
- secukup rebusan kacang merah
- secukup jagung biji
- sirap gula melaka secukupnya
- ketulan ais secukupnya
Cara Menyediakan Air Cendol Pandan
- Santan,daun pandan dan garam secukup rasa dimasak hingga mendidih.Kacau sentiasa supaya tak pecah santan.Matikan api dan sejukkan.
- Sediakan bekas minuman, isikan secukup kacang merah, biji jagung dan cendol dan tuangkan santan secukupnya kemudian tuangkan juga sirap gula melaka secukup rasa. Isikan dengan ketulan ais. Kalau ada ais parut lagi enak^^.
Hidangkan ≧◠‿●‿◠≦
No comments:
Post a Comment