Wednesday, 19 February 2014

Kek Coklat Tanpa Butter


kek coklat

Bahan-bahan ( saiz 20 cm ) 

 

 


 2 biji telur 

1 cawan minyak masak 

1 cawan gula pasir 

1 cawan gula perang 

*****************

Bahan A

1 sudu kecil vanila

1 1/2 cawan susu segar perisa coklat

1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

*****************

Bahan B

2 sudu kecil sodium bicarbonate

1 sudu kecil baking powder

1/2 cawan serbuk koko

2 cawan tepung gandum

******************

** Topping **

1/2 cawan koko van hauten

1/2 cawan susu pekat

1 sudu besar minyak masak
 
>>>Kadang-kadang Irfan tak buat topping ni, cuma guna balance dalam fridge jee... :)

 

Cara-cara membuat Kek Coklat


1. Pukul telur hingga kembang.

2. Masukkan gula dan pukul lagi.

3. Kemudian masukkan minyak masak.

4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.

5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak.

6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok... taruk je ke atas kek yang dah sejuk.




TADAAAA!!!!!



Da Siap Pun... Hidangkan dengan baik-baik yer ;)

No comments:

Post a Comment