Friday, 5 June 2015

Resepi Blended Orange Cake


Resepi Kek Oren


Hari ni saya ingin berkongsi resepi kek oren yang sangat ringkas tapi rasanya di jamin sedap. Sesiapa saja boleh buat kek ini kerana caranya mudah, cuma menggunakan blender mampu menghasilkan resepi blended kek oren yang sedap dan gebu sekali ini. Ceritanya berawal apabila saya terfikirkan ingin cuba untuk membuat kek tapi mencari resepi yang mudah...dan bila saya fikirkan, resepi yang tepat adalah blended orange sunkist cake inilah. Resepi yang mudah begini memang sesuai bagi yang baru mencuba buat kek kerana hasilnya memang gebu dan sedap sekali. Dapur pun tak bersepah-sepah, tak payah guna mixer ke apa-apa ke semua masuk blender ajer.. mudah bukan. :)


 
Blended Orange Cake



Bahan-Bahan Kek Oren 

 

( loyang 9 inci )

1 bji buah limau

1 cawan minyak

2 cawan gula halus

3 biji telur

2 cawan tepung gandum*

1 sb baking powder* ( *diayak bersama )







 

Cara Buat Kek Oren 

 

Cara Buat Kek Oren

1) Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali. Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula, telur dan kisar hingga halus.





2) Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit-sedikit sambil dikacau sebati.


3) Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas dan gris.



kek oren bakar


4) Bakar pada suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. 


5) Selamat mencuba. Pasti sedap. -)






 Mahu Lebih lagi :
   Resepi Kek Oren Lembap dan Lembut
                                                                                                                                                   

                                                                         

No comments:

Post a Comment