Penyediaan: 15 minit | Memasak: 40 minit | Keseluruhan: 55 minit
Jumlah Hidangan : 5
Bahan-Bahan Kek Oren Lembap dan Lembut
1/2 cawan (114 g) mentega, unsalted
3/4 cawan gula kastor
4 sudu kecil parutan kulit oren
2 biji telur saiz A
1/2 cawan sour cream
1/4 cawan perahan jus oren segar
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil garam
Cara Menyediakan Kek Oren Lembap dan Lembut
- Panaskan oven kepada suhu 160 °C. Griskan loaf tin berukuran 9 inci dengan mentega.
- Putar mentega yang sudah lembut ( tetapi masih sejuk ) bersama gula kastor sehingga putih berkrim.
- Masukkan zest oren, telur sebiji demi sebiji, sour cream dan jus oren segar. Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan putar hingga adunan sebati.
- Tuang ke dalam adunan dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga lidi yang dicucukkan di tengan kek bersih apabila ditarik.
Tips
1. Jika anda tiada
tepung naik sendiri, boleh gunakan tepung kek yang dicampur bersama 1
sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil baking soda.
2. Jika
menggunakan salted butter (mentega bergaram) jangan dimasukkan garam
lagi di dalam adunan.
3. Pilih mentega
yand berkualiti tinggi...kalau tidak, jenama Buttercup pun ok. :)
No comments:
Post a Comment