Friday, 5 June 2015

Kuih Tepung Bungkus Daun Pisang



 


Bahan-Bahan Kuih Tepung Bungkus



Untuk Bahan Inti:

1) ½ biji kelapa muda parut

2) 1 ketul gula melaka

3) 2 sudu makan air
4 1 helai daun pandan



Untuk Bahan Kuih:

1) 1 cawan tepung beras

2) 2 cawan santan

3) ½ sudu teh garam

4) 4 sudu besar tepung pulut ( bancuh dengan 1 sudu makan air membentuk doh )

5 Daun pisang yang telah dilayur dan lidi secukupnya







Cara Buat Kuih Tepung Bungkus



Untuk inti

1. Cairkan gula dengan air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih.

2. Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Tutup api dan sejukkan.



Cara Penyedian kuih

1) Leperkan doh tepung pulut dan masukkan sedikit inti. Tutup jadikan bebola. Buat
sampai habis.

2) Bancuh tepung beras bersama santan. Kacau atas api hingga separuh masak.

3) Panaskan kukusan.

4) Ambil dua sudu makan bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan
2 bebola tadi dan tutup dengan dua sudu lagi tepung.

5) Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun seperti bungkus tapai, semat / Cucuk
dengan lidi dan kukuskan selama 20 minit.

6) Sejukkan dan hidangkan. Sedia untuk dihidangkan di waktu petang atau sangat sesuai dijadikan juadah untuk berbuka puasa.





No comments:

Post a Comment