Monday 6 April 2015

Cotton Soft Japanese Cheesecake


Resepi Cotton Soft Japanese Cheesecake

Bahan-Bahan Cotton Soft Japanese Cheesecake


( 8-inci )



Bahan A:


250g cream cheese


50g butter


100 ml susu segar ( fresh milk )


6 biji kuning telur


1 sdb jus lemon


1/4 sdk garam


60g tepung kek / tepung superfine


20g tepung jagung ( cornflour / cornstarch )






Bahan B


140g gula ( granulated sugar )


6 biji putih telur


3/4 sdk jus lemon







Cara Buat Cotton Soft Japanese Cheesecake



  1. Untuk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dengan teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian, campurkan ke dalam adunan c/chs tadi dengan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul sehingga sebati ( boleh gaul menggunakan senduk kayu ). 

  2. Untuk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih-buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). 

  3. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu & kacau sampai sebati. Sediakan tin / bekas kek yang bulat berukuran 8 inci, yang digriskan bawahnya & tepi tu salut dengan kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek. 

  4. Bakar kek dalam anggaran sejam, dengan cara au bain-marie ( waterbath ), pada 160 degrees C / 325 degrees F. Pada sesiapa yang kurang pasti waterbath tu camane, buatnye amat mudah sahaja. Lepas letak adunan dalam tin kek, balut bawah hingga separuh tinggi tin kek dengan aluminunium foil ( Ini double protection agar air tidak masuk esp springfoam pan, kalo tidak mahu buat ok je tapi advisable balut ). Seterusnya, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuangkan air panas atas dulang pembakar, Sebaik-baiknya ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak dalam oven dan seterusnya bakar, itu sahaja ). 

  5. Kek yang baru siap dibakar di dalam oven.




Cara Buat Cotton Soft Japanese Cheesecake






Mahu lebih lagi..
souffle cheese cake kek keju

No comments:

Post a Comment