Friday 3 April 2015

Resepi Lasagna


Resepi Lasagna

Bahan-Bahan Lasagna 


( 6 orang )


Anggaran Masakan : 40 minit


300g daging cincang 
( lagi senang kalau guna daging burger, sebab berperisa )


1 botol prego ( size kecil )


2-3 batang celery


Cendawan butang ( Sebanyak yang suka )


2 biji tomato ( Potong dadu )


1 biji lobak merah ( Dihiris halus )


1-2 sudu besar cili boh ( Kalau suka pedas)


2-3 ulas bawang merah ( Cincang halus )


2-3 ulas bawang putih ( Cincang halus )


Sedikit lada sulah


Garam secukup rasa


Gula secukup rasa


Sekotak Instant Lasagna 
( tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - tak perlu direbus dahulu)


3 cawan air ( boleh tambah sekiranya tak cukup )


2 sudu besar mentega


4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah


1 peket Cheddar cheese (115g) -
( apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar / cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian. )


1-2 cawan susu segar ( dalam kotak / botol tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair)


Sedikit garam dan lada hitam / sulah untuk perasa


( Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti capsicum, broccoli dan lain-lain kalau suka)


Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa tambahan










Cara Buat Lasagna



  1. Panaskan oven 180 C.

  2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau. 
  3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. 

  4. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam 
    ( lebihkan air pun tidak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian ) 

  5. Masukkan Prego dan sedikit gula jika perlu. 

  6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api. 

  7. Sediakan sauce pan, panaskan. 

  8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati. 

  9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.

  10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.

  11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bahagian bawah dulang. 

  12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi ( tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu ) dan tuang sedikit cheese sauce tadi. 

  13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna ( pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi ) 

  14. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak ( apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut ) 

  15. Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tidak kelihatan cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepas tu meleleh-leleh sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, tidak la lembik sangat.

  16. Untuk sos Prego tu, guna je yang mana-mana asalkan asas dia tomato. Pastikan halal ye. Boleh gunakan sos prego.

  17. Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, boleh lihat resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce ( curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ).




No comments:

Post a Comment