Bahan Kuih Lapis Pelangi
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula pasir
8 cawan santan sederhana pekat ( 1 1/2 biji kelapa parut )
1 sudu kecil garam
pewarna merah, hijau, putih, kuning
Cara Buat Kuih Lapis Pelangi
- Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
- Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
- Masukkan pewarna ke dalam setiap bahagian.
- Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar.. Nak lagi selamat alas loyang dengan plastik.
- Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
- Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
- Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan diikuti warna putih.
- Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
- Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul-betul sejuk barulah di potong dengan menggunakan pisau plastik atau pisau potong kek.
Tip Masakan..
Pastikan setiap lapisan yang kita kukus
tu membeku, kadang-kadang lapisan yang pertengahan
kena lebihkan masa
sikit sebab lapisan dah tebal...
Sekiranya adunan tak membeku betul,
adunan akan bercampur dengan adunan warna lain.
Inilah saja cara saya
utk pastikan kuih lapis ni menjadi dan cantik.
Kalau yang rajin tu bolehlah guna 7 warna
pada setiap adunan sebab namanya kuih lapis pelangi.
Bolehlah buat separuh adunan sekiranya
terasa kuih ni terlalu banyak..
No comments:
Post a Comment