Friday 19 December 2014

Resepi Karipap Kari Kentang


Resepi Karipap Kari Kentang

Inti Karipap Kari Kentang
Kari kentang yang melazatkan~




Bahan Karipap Kari Kentang

( Untuk 10 biji karipap )

credit to : secretgarden2u



Bahan-bahan inti

3 biji kentang bersaiz besar ( buang kulit & potong dadu kecil-kecil )

1 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

5g udang kering 

Daging cincang ( ikut kesukaan )

Daun sup ( dicincang )

Serbuk kari ( bancuh dengan sedikit air ) 

2 cawan air 

Serbuk perasa 

Sedikit garam & gula 





 

Bahan Doh

1 1/2 cawan tepung gandum

50g mentega

Air ( ikut kesesuaian masa menguli doh )

Secubit garam

Minyak masak untuk menggoreng






  Cara Menyediakan ( inti ) 



1. Tumbuk bawang merah & bawang putih & udang kering sehingga lumat.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan bawang yang telah di tumbuk. Goreng sehingga kekuningan dan naik bau.

3. Kemudian masukkan daging cincang, goreng sebentar. kemudian masukkan kentang, bancuhan serbuk kari dan air. Gaul rata & biarkan sehingga kentang lembut dan kering sedikit.

4. Bila inti dah kelihatan kering, masukkan secukup rasa garam & gula & serbuk perisa ( jika suka ).

5. Tutup api dan masukkan dalam bekas dan biar sejuk.







Cara Menyediakan ( doh )

1. Ambil mangkuk bersih, masukkan tepung gandum dan garam, gaul rata.. Buat lubang di tengah-tengah, masukkan mentega dan air sedikit.

2. Gaul semua bahan tadi hingga menjadi doh. Jika doh masih lembik, tambah kan tepung sedikit & jika doh jadi terlalu liat, boleh tambah sedikit air. Pastikan doh mudah di gelek dan tidak melekat.






 

Cara Menyediakan Karipap Kari Kentang ( keseluruhan )

 


1. Gentel bulat-bulat doh tadi dalam sukatan 30g.

2. Gelek dengan penggelak dalam bentuk membuat dengan tahap kenipisan 0.2cm

3. Masukkan inti dan tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng. Boleh juga kelim kulit menggunakan pelekap yang boleh didapati di kedai bahan bakeri. Jika dah mahir, boleh la melekatkannya menggunakan jari.

4. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.





Tip: Kalau malas nak goreng semua, boleh jadikannya sebagai frozen. Balut setiap sebiji dengan plastik yang berasingan agar ia tak melekat antara satu sama lain. Simpan dalam bekas tertutup dalam freezer.





Cara Menyediakan Karipap Kari Kentang

Siap pun Resepi Karipap Kari Kentang,  memang sedap.

Sila mencuba...


No comments:

Post a Comment