Tuesday 23 December 2014

Nasi Arab Berempah


Resepi Nasi Arab Berempah



Bahan Nasi Arab Berempah ( 3 orang )




6 ketul ayam


4 ulas bawang merah


3 ulas bawang putih


1 inci halia


3 kuntum bunga cengkih


3 kuntum bunga lawang


1 batang kulit kayu manis


1 kiub ayam


1/2 sdk jintan manis


1/2 sdb lada hitam


1/2 sdk jintan putih


3 cawan beras basmati


5 cawan air


2 sdb minyak sapi


1/2 biji bawang besar - di mayang


1/2 cawan sos tomato


2 sdb rempah kurma


Garam dan gula secukup rasa






Cara Menyediakan Nasi Arab Berempah

  


1) Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk kasar. Masukan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam, kiub ayam, rempah kurma,air dan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk. Masukan garam dan gula. Masak sehingga sup mendidih dan ayam masak.

2) Beras basmati dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu toskan beras.

3) Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam. Bahan-bahan rempah kasar dan bawang yang terdapat dalam sup tadi dikisar secara halus. Masukkan 1 cawan sup bagi menggantikan air semasa mengisar.

4) Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Masukan bawang besar dan masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukan bahan yang dikisar tadi.Tumis sebentar dan masukan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam dan gula. Apabila hampir mendidih tutupkan api.

5) Masukan beras ke dalam periuk nasi dan diselang selikan dengan ayam. Kemudian masukkan (no.4) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. Boleh tabur dengan sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Nasi ini sedap dimakan dengan acar timun.





No comments:

Post a Comment