Monday, 12 May 2014

Roti Sardin Goreng Rangup~

cara buat roti sardin




Bahan-Bahan Roti Sardin Goreng Rangup

 


  • 2 cawan tepung gandum

  • 21/2 cawan air

  • 2 sm marjerin

  • 1 Sudu kecil garam dan gula (gula bukan sebagai perasa tapi nak bagi kuih sedikit berkilat)

  • Sedikit pewarna kuning

  • 8 keping roti

  • Secukupnya inti sardin

  • Sedikit bancuhan tepung – sebagai gam




     


    Cara Menyediakan Roti Sardin Goreng Rangup



    ❀Di dalam bekas, satukan tepung bersama marjerin, garam dan gula. Bancuh dengan air (nak senang guna whisk ya...). Warnakan kuning dan ketepikan.

    ❀Untuk roti : Ambil sekeping roti, canai sehingga agak-agak nipis. Potongkan pada dua bahagian. Ambil satu bahagian isikan dengan sedikit inti. Basahkan keliling dengan gam. Lipatkan dua dan tekan sekeliling dengan garfu. Buatlah sehingga habis. 

    ❀Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng.

    ❀Celupkan roti tadi ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. Sedap dimakan ketika panas-panas hehehe~







    Selamat Mencuba^^...

No comments:

Post a Comment