Thursday 17 July 2014

Kek Lapis Red Velvet



resepi Kek Lapis Red Velvet





Belum ramai yang mencuba, tapi ada juga yang sudah melopori. Yang biasa dan selalu orang dengar, Kek lapis sarawak, kek pelangi kukus dan kek kuih lapis. Ternampak kek ni secara tak sengaja beberapa minggu lepas. Belek-belek gambar kek lapis kat google, nampak Kek Lapis Red Velvet. Terus tergoda dan nak mencuba lebih-lebih lagi ketibaan Hari Raya^^.




 
Saiz loyang: 8" x 8"


Bahan-Bahan Kek Lapis Red Velvet




Adunan merah


250 gram mentega (boleh pakai Anchor kalau mahu)

5 biji telur ayam gred A

235 gram tepung gandum - diayak bersama serbuk koko

2-3 sudu makan serbuk koko

175 gram gula kastor

150 gram susu pekat manis

1 cup mixed berries yogurt (berat bersih 135g)

1 sudu teh ovallette

Pewarna merah




 

Adunan Cheese

500 gram cream cheese

3 biji telur ayam gred A

120 gram gula kastor

Sedikit esen vanila





Cara Menyediakan Kek Lapis Red Velvet


  1. Adunan Merah: Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang. 

  2. Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan. 
     
  3. Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.
  1. Adunan Cheese: Putar cream cheese sehingga lembut, kemudian masukkan gula, putar lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sehingga adunan sebati dan bahagikan siap-siap kepada tiga.
  1. Panaskan oven 170-190'C. Griskan loyang dan alas dengan baking paper

  2. Mulakan membakar adunan merah dahulu sebanyak 3 lapisan, setiap lapisan merah tu tak perlu bagi perang sangat. Bila dah nampak kering dan masak boleh lah sudukan satu lagi lapisan, sebanyak 5 sudu makan sehingga 3 lapisan, baru masukkan bahagian pertama adunan cheese pula. 3 lapis adunan merah, 1 lapis adunan cheese, 3 lapis adunan merah dan seterusnya....lapis sehingga habis :).




 
Selamat mencuba!

4 comments:

  1. won't the cheese layer burn as you grill it???

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha, first burn cheese layer, not until burnt.. Then put in red layer..

      Delete
  2. klu x letak yogurt blh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentu, tidak meletakkan yogurt tidak mengapa. :)
      Yogurt cuma digunakan untuk membuatkan resepi Kek Lapis Red Velvet
      lebih unik.

      Delete