Monday 2 September 2013

Resepi Kek Lapis Sarawak

resepi kek lapis sarawak


Hai apa khabar semua?? diharapkan semua sihat seadanya... Sekarang ini pun kita sudah berada hampir kepada penghujung syawal.. Jadi pada penghujung bulan syawal ini Irfan harap semua follower-follower blog buat kuih raya ini dapat mengekalkan kesihatan dalam keadaan yang baik...Raya-raya juga...Tapi jangan sampai mengabaikan tahap kesihatan..Berpada-pada ler ketika makan tu (maklumlah sekarang ni kan banyak open house hehehe :D ...

Hari ini Irfan ingin tunjukkan kepada semua follower-follower yang disayangi bagaimana untuk membuat resepi kek lapis sarawak ini...


Asal-usul kek lapis sarawak

Asal-usul Kek Lapis Sarawak..



Tetapi sebelum itu irfan ingin menceritakan sedikit sejarah asal-usul kek lapis sarawak ini..

Kek Lapis Sarawak adalah kek lapis, secara tradisinya dihidangkan di Sarawak dan Malaysia pada majlis-majlis khas

  • Dalam bahasa Malaysia, mereka dikenali sebagai Kek Lapis Sarawak, Kek Lapis Moden Sarawak, Kek Sarawak atau Kek lapis 
  • Kek Lapis Sarawak sering dibakar untuk perayaan agama atau budaya seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Deepavali, hari lahir dan majlis-majlis perkahwinan. 
  • Kek Lapis Moden Sarawak telah diperkenalkan kepada rakyat Sarawak dari Indonesia secara rasmi sekitar tahun 1988. Versi Indonesia telah diketahui sejak zaman penjajahan Belanda...
  • Jenis yang paling terkenal adalah Lapis Legit dan Lapis Surabaya (tetapi asal-usulnya masih dalam perdebatan lagi..)

 
Okey...Mari kita teruskan dengan cara membuat Kek Lapis Sarawak ini...

 

Cara Buat Kek Lapis Sarawak 

 

Buat Kek Lapis Sarawak

 

 Bahan-bahan untuk  81/2 x 8/12 inci

BAHAN A (dalam kek)

5 biji kuning telur
3 biji putih telur
150 gram gula kastor
100 gram tepung hong kong
1 sudu makan ovelet


BAHAN B (dalam kek)

200 gram mentega/butter
3 sudu makan susu pekat

BAHAN UNTUK BAHAGIAN LUAR KEK..

300 gram putih telur (8 biji putih telur)
190 gram tepung hong kong
150 gram gula kastor
1 sudu makan ovelet
250 gram butter/mentega (cairkan)
50 ml susu cair



 

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT DI DALAM KEK
 
1. Pukul Bahan B hingga sebati.

2. Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.

3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama masukkan pewarna hijau, bahagian ke 2 masukkan pewarna merah dan bahagian ke 3 masukkan pewarna kuning.

4. Bakar bahagian pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bahagian ke 2 dan seterusnya bahagian ke 3. Buat 3 lapisan.

5. Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul-betul sejuk potong kek tersebut berbentuk memanjang. 

6. Kemudian potong kepada bentuk segitia kecil-kecil atau segiempat sama. Biarkan dulu. 


CARA UNTUK MEMBUAT LAPISAN LUAR KEK



1. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata dan sebati.

2. Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.

3. Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan-adunan habis.


GUNA ACUAN UNTUK 81/2 x 81/2 inci yer...


hidangan kek lapis sarawak



Tadaa!!! siap hidangkan dengan cermat yer.... :P


Sila klik like dan share di bawah ini...Lepas ni boleh praktis kat rumah yer hehehe..


 

 

 
 

No comments:

Post a Comment