Wednesday 11 September 2013

Resepi Kuih Lapis 1 Malaysia

sejarah 1malaysia


resepi kuih lapis




Hai salam 1 malaysia kepada semua follower-follower blog buat kuih raya... Kenapa tiba-tiba irfan mengatakan salam 1 malaysia ini...hehehe :D,

Mesti semua nak tahu yer. Tak lama lagi kita akan menyambut hari Malaysia yang disambut pada 16hb September ini.. Oleh sebab itu, Irfan nak bercerita sedikit mengenai hari Malaysia sebelum kita terus ke resepi kuih lapis 1 Malaysia ini :)...



hari malaysia

Sejarah Hari Malaysia


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak bagi membentuk Malaysia..

Mulai tahun 2010, Hari Malaysia merupakan cuti am di seluruh negeri di Malaysia..Tambahan pula, mesej utama hari Malaysia ini ialah untuk mengukuhkan hubungan antara kaum dan membentuk sebuah bangsa yang benar-benar jitu dan berdaya saing..



Itu lah antara sejarah hari Malaysia yang disambut kita tidak lama lagi :). Baiklah kita teruskan kepada Resepi kuih lapis 1 Malaysia ini yer..

Irfan akan tunjukkan cara-cara yang mudah untuk membuat resepi kuih lapis ini.. Sebelum ini Irfan sempat kongsikan kepada semua follower cara membuat kek lapis Sarawak dan mendapat sambutan yang sangat hangat.. Kali ini Irfan akan tunjukkan pula cara membuat kuih lapis.. Terima kasih tidak terhingga kepada kak Gee kerana sudi berkongsi resepi kuih lapis ini..Thank you...hehehe



buat kuih lapis


  Resepi Kuih Lapis


bahan-bahannya

3 cawan tepung beras

6 cawan santan sederhana pekat

6 sudu besar tepung gandum

6 sudu besar tepung jagung

1 cawan gula pasir

1/4 sud teh garam

sedikit pewarna merah dan perisa ros
cara buat kuih lapis
Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang . Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biarkan jadi suam-suam. Tutup api.

2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata sehingga tidak berbintil. (Daku tapiskan.)

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang sesenduk adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat.

Setelah lapisan pertama masak, tuang sesenduk lagi adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses sehingga habis 6 lapisan dengan di akhiri lapisan merah.

Paling Penting : sapukan loyang dengan sedikit minyak.

5. Setelah siap, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong (Jangan potong time2 panas nanti melecur pula kulit nanti... :) )



cara membuat kek lapis


Pada yang mahu mencuba buat...Sila ler cuba, tidak rugi untuk membuatnya.. :)











1 comment: