Monday, 21 April 2014

Resepi Wantan Udang Dengan Sup Cara Cina



Wantan Udang



Masakan Cina memang unik. Selain dari rasanya yang berlainan cara persembahan mereka juga unik. Masakan Cina adalah antara masakan yang paling ringkas sekali diantara masakan yang pernah dipelajari. Ini mungkin kerana masakan cina amat mementingkan kesegaran dan rasa asli masakan itu sendiri. Mereka tak mahu masakan mereka mempunyai rasa dan rempah yang kuat sehingga menghilangkan rasa asal masakan itu sendiri. Masyarakat cina juga gemar menggunakan herba-herba mereka yang dipercayai sangat baik untuk kesihatan. Pendek kata, mereka menggabungkan ubat-ubatan dalam makanan sehingga menghasilkan hidangan yang lazat tapi berkhasiat. 






 







Bahan-Bahan Resepi Wantan Udang


300 g Udang Segar

1 cmb Tepung Jagung

1 tangkai Daun Sup

1 cmt Lasa Sulah

1 cmt Sos Ikan

Kulit Wantan Secukupnya

Minyak Masak untuk menggoreng



Bahan-Bahan Resepi Sup Cara Cina


3 cmb Minyak Bijan

3 ulas Bawang Putih

1 cmb Sos Ikan

1 L Air Rebusan Ayam/Udang

1/2 Lada Sulah

1 cmb Tepung Jagung Dibancuh dengan 1/4 cwn Air Sejuk

1 biji Telur







Cara Membuat Wantan Udang Dengan Sup Cara Cina


  1. Asingkan isi udang dari kepala dan kulitnya. 

  2. Kulit dan kepala udang direbus dengan 1L air selama setengah jam dengan api yang kecil kemudian ditapis untuk diambil airnya. 

  3. Isi udang dicincang sehingga hancur. Jangan gunakan pengisar kering kerana ia akan menjadikan isi udang panas dan masak dalam pengisar. 

  4. Didalam mangkuk, gaulkan isi udang cincang, tepung jagung, serbuk lada sulah, sos ikan dan daun sup yang dicincang kasar. 

  5. Ambil 1 cmt adunan isi udang dan letakkan diatas kulit wantan. Lipat dan lekatkan dengan air atau putih telur. Buat sehingga habis semua isi udang. 

  6. Panaskan minyak masak dan goreng wantan udang sehingga garing dan ketepikan. 

  7. Untuk supnya pula, panaskan minyak bijan. dan tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga layu. 

  8. Masukkan 1L air rebusan, sos ikan dan lada sulah. Biarkan mendidih perlahan. 

  9. Pecahkan telur, biarkan 2 atau 3 saat kemudian kacau sehala dengan pantas sehingga membentuk tali-tali yang halus. 

  10. Jika sup masih cair, gunakan larutan tepung jagung tadi. Masukkan dan kacau sehingga sup menjadi pekat. 

  11. Matikan api dan hidangkan bersama wantan goreng.








    Penyediaan Wantan Udang


Tip Masakan Komersial


  1. Wantan udang, selain digoreng, ia juga boleh dihidang dengan cara merebus. Setelah isi udang dimasukkan dalam kulit wantan, rebus didalam sup cara cina yang telah siap tadi selama 2 minit. Jika wantan direbus bersama sup, sup akan menjadi lebih pekat. Jadi kurangkan penggunaan tepung jagung jika perlu. 


  2. Masakan cina memang kurang menggunakan minyak cuma kali ini sahaja menumis bawang putih dengan minyak bijan kerana alang-alang bijan menjadi bahan perisa untuk sup ini, lebih baik digunakan untuk menumis. Jika anda tak mahu menggunakan minyak bijan, tak perlulah menggunakan teknik menumis. Biasannya jika tidak menumis, ia akan dihidangkan bersama minyak bawang putih.

  1. Tak ada garam ke dalam resepi ni? Memang tak ada dah terangkan langkah-langkah di atas tadi^^ hehehe.


  2. Sebenarnya sup ini amat serasi dengan sup jenis haiwan yang popular dikalangan masyarakat cina.




Resepi Sup Cara Cina

 SIAP


Boleh Cuba Di Rumah^^






No comments:

Post a Comment