Masakan Cina memang unik. Selain dari
rasanya yang berlainan cara persembahan mereka juga unik. Masakan Cina adalah antara masakan yang paling ringkas sekali diantara
masakan yang pernah dipelajari. Ini mungkin kerana masakan cina amat
mementingkan kesegaran dan rasa asli masakan itu sendiri. Mereka tak
mahu masakan mereka mempunyai rasa dan rempah yang kuat sehingga
menghilangkan rasa asal masakan itu sendiri. Masyarakat cina juga
gemar menggunakan herba-herba mereka yang dipercayai sangat baik
untuk kesihatan. Pendek kata, mereka menggabungkan ubat-ubatan dalam
makanan sehingga menghasilkan hidangan yang lazat tapi berkhasiat.