Monday 21 April 2014

Cempedak Goreng

Resepi cempedak goreng


Baiklah, kali ini saya mahu berkongsi dengan semua follower blog kuih raya makanan yang digemari oleh masyarakat Malaysia iaitu Cempedak Goreng. Keistimewaan Cempedak Goreng ini terletak pada celupan tepungnya yang rangup dan nipis^^ 






Resepi Cempedak Goreng

 

  

Buah cempedak anggaran 20 biji^^


*1 cawan tepung gandum

*1/4 cawan tepung jagung

*3 sudu besar tepung beras

*2 sudu besar gula

*2 sudu besar kelapa kering / kalau kelapa parut biasa lagi sedap..

*1 biji telur

*1 sudu teh garam

*3/4 cawan air suam

*Sedikit serbuk kunyit






Cara Menyediakan Cempedak Goreng

 

1) Bancuh semua tepung dengan telur, gula, garam, kelapa kering, kunyit dan air.

2) Masukkan buah cempedak dan goreng dengan minyak yang banyak menggunakan api yang sederhana. 

3) Biar masak sehingga kekuningan. 




penyediaan Cempedak Goreng


Sedia untuk dinikmati bersama keluarga^^. 



 



No comments:

Post a Comment