Sunday, 5 July 2015

Biskut Mama Carries


Resepi Biskut Mama Carries


Bahan-Bahan Biskut Mama Carries 

( 60-75 biji )

300gm mentega / marjerin

375gm tepung gandum

130gm tepung jagung

100gm gula icing

1/2 sudu teh esen vanila


Untuk hiasan

-1 biji putih telur

-100gm gula icing

-1 sudu besar tepung jagung 
 

Cara Buat Biskut Mama Carries


  1. Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan. 

  2. Pukul mentega / marjerin dan gula icing hingga kembang. 

  3. Masukkan esen vanila. 

  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut. 

  5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart". 

  6. Sapukan HIASAN ke atas biskut yg telah diterap. Untuk melorek, gunakan penyunkil gigi.  Boleh lihat di bawah untuk penyediaan hiasan.

  7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 minit, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang. 


    < < Untuk HIASAN > >

  8. Pukul putih telut hingga gebu. 

  9. Masukkan gula & tepung. kacau sebati. 

  10. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dengan pewarna atau emulco kegemaran anda. 

  11. Sapukan putih telur keatas biskut 

  12. Lorekkan adunan yang telah dicampur dengan pewarna / emulco. 



No comments:

Post a Comment