Tuesday 7 July 2015

Resepi Biskut Coklat Mocha


Cara Buat Biskut Coklat Mocha



Masa Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 80 biji

Bahan-Bahan Resepi Biskut Coklat Mocha



Bahan-Bahan Untuk Biskut

200g mentega

50g shortening

150g gula perang

1/2 sudu besar paste cappucino

40g putih telur

Coklat chip untuk hiasan ( atau white choc chip)


Bahan Untuk Diayak

340g tepung gandum

1/2 sudu teh serbuk penaik

1/4 sudu teh emplex

10g serbuk koko







Cara Buat Biskut Coklat Mocha


  1. Pukul mentega hingga lembut dan putih kemudian masukkan gula dan paste cappucino dan pukul sehingga sebati. 

  2. Masukkan putih telur, teruskan pukul sehingga sebati. 

  3. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan 2 jam atau lebih. 

  4. Masukkan doh ke dalam acuan terap dan terap di atas dulang pembakar yang dilapik dengan kertas minyak ( boleh gunakan nozzle 866 untuk picitkan doh ). Hias dengan white coklat di tengah-tengah. 

  5. Bakar pada suhu 170°C selama 10-15 minit. 

  6. Angkat dan sejukkan, kemudian baru simpan di dalam bekas kedap udara. 






Tip Masakan 
Bahan yang anda tak boleh tinggalkan ialah emplex iaitu bahan untuk merangupkan biskut. Kalau tak letak emplex…biskut akan kurang rangup dan teksturnya menjadi agak kurang menarik. Sila lah cuba :)




No comments:

Post a Comment