Wednesday 1 July 2015

Biskut Famous Amos


Resepi Biskut Amos



Biskut ini memang sedap dan pada pendapat, ianya adalah setanding sahaja dengan keenakan biskut Famous Amos yang sangat mahal itu. Bagi kawan kawan atau anak anak yang sukakan biskut ini, bolehlah cuba membuatnya sendiri... :)




 

Bahan-Bahan Biskut Famous Amos


Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum ( di ayak )
1 sb serbuk koko ( di ayak )
1 sb tepung jagung ( di ayak )
1/2 sk cream of tartar Nona ( boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon )
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib ( boleh ganti biji bunga matahari )
1 cawan semi sweet chocolate chips








 

Cara Buat Biskut Famous Amos


1) Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.


Bahan Biskut Amos


2) Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.


Cara Buat  Biskut Amos


3) Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tidak perlu dilenser mentega.


Bakar Biskut Amos


4) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Boleh bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.




Penyediaan Biskut Amos

Sangat rangup dan sedap. :)


 
Nota dan Tips:


1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)


2) Tips untuk dapatkan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan


3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.




No comments:

Post a Comment