Tuesday, 9 June 2015

Resepi Ubi Ungkep


Resepi Ubi Ungkep



Bahan-Bahan Ubi Ungkep


1 kg ubi - potong seperti nak merebus dan bersihkan

4 sb ketumbar*

3 biji bawang merah*

3 ulas bawang putih*

Segengam ikan bilis*- lagi banyak lagi best

Sedikit kunyit

Garam secukup rasa

Sedikit minyak untuk menumis






Cara Buat Ubi Ungkep


1. Tumbuk bahan*.

2. Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum... dan masukkan garam.

3. Masukan ubi dan gaul rata.

4. Masukkan air hingga paras ubi / menutupi ubi.

5. Tutup kuali dan biarkan sehingga ubi empuk.

6. Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.

7. Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api dan siap.



No comments:

Post a Comment