Tuesday, 9 June 2015

Puding Roti Sos Vanilla


Puding Roti Sos Vanilla



Bahan-Bahan Puding Roti Sos Vanilla


( Untuk satu keluarga )

 Bahan A

* 500 ml susu segar / fresh milk

* 8 keping roti ( gardenia / high 5 )

 Bahan B

* 4 s/b gula halus

* 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam

* 1 sudu teh esen vanilla

* 1 s/b tepung jagung

* 1 kotak ( kecil ) kismis hitam*( Pilihan )

 Bahan C-kuah

* 1 tin susu cair

* 1 sudu teh esen vanilla

* 2 s/b tepung kastad
 
* 2 s/b gula








Cara Buat Puding Roti Sos Vanilla


1. Koyakkan roti dan rendam dalam susu selama setengah jam.

2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan A yang telah direndam.

3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti ais.

4. Kacau rata bahan sos vanilla (C) dan masakkan di atas api yang sederhana sebentar.

5. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding semasa menghidang.



puding roti sos kastad sedap

Sebelum dimasak dan bakar..



sos puding roti kukus

Selepas masak.. sangat mudah.. :)




No comments:

Post a Comment