Tuesday, 23 June 2015

Murtabak Segera


Murtabak segera resepi


 

Bahan-Bahan Murtabak Segera


( 6 keping )

100 g daging cincang

2 biji ubi kentang

1 sudu setengah rempah kari

1/2 biji bawang besar

1 ulas bawang putih

daun sup

minyak

2 sudu kecil garam

kulit popia

2 biji telur

1 biji bawang besar









 

Cara Buat Murtabak Segera


1) Mula-mula buat inti untuk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. Tumiskan bawang.

2) Bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air. Goreng sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging cincang.





3) Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu. Masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. Masak sehingga kentang empuk. Akhir sekali masukkan daun sup.




4) Pukul telur di dalam mangkuk, masukkan inti tersebut ke dalam telur. Masukkan bawang cincang dan kacau sehingga sebati.

5) Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. Cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.

6) Goreng murtabak dengan api yang perlahan dan sedikit minyak.









... :)



No comments:

Post a Comment