Saturday, 20 June 2015

Kuih Puteri Ayu


Resepi Kuih Puteri Ayu


Bagi kawan-kawan yang mungkin ada nostalgia atau kenangan makan Resepi kuih puteri ayu nih ketika berbuka atau selepas terawih tapi tak pernah buat sendiri, sila lah cuba buat kuih puteri ayu..acuan dah biasa tengok bukan..



Bahan-Bahan Kuih Puteri Ayu


(55 biji)-Jikalau buat separuh adunan, dapat dalam 22 biji

4 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan gula caster

3 biji telur

1 1/2 cawan santan ( 1 paket santan segera +1 1/2 cawan air )

1 sudu makan ovelette

1 sudu makan baking powder

1 sudu teh pewarna hijau

Inti kelapa

1 biji kelapa parut putih sahaja

2 sudu teh garam

1 sudu makan tepung ubi 







 

Cara Buat Kuih Puteri Ayu


  1. Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan. 

  2. Putar telur campurkan gula sehingga betul-betul kembang. 

  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati. 

  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan santan sehingga habis. 

  5. Inti kelapa - satukan semua bahan, gaul sehingga rata. 

  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan-tekan dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.





Cara Buat Kuih Puteri Ayu

Menyelerakan bukan.. pasti sedap..




No comments:

Post a Comment