"Ayam goreng
kunyit pun nak cerita ke!? Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan
garam, gorengkan je." Itu resepi masakan kampung. Memang
kegemaran Irfan dan anda semua sewaktu kanak-kanak kerana pada masa itu tepung
campuran ayam goreng segera masih belum wujud lagi.
Bahan-Bahan Ayam Goreng Kunyit
300g isi ayam
1 cmt serbuk kunyit
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji lada merah
1 cmt sos ikan
1 cmt tepung jagung
1/2 cmt garam
4 batang kacang panjang atau 1/2 batang carrot
1 cawan minyak masak
Cara Buat Ayam Goreng Kunyit
- Isi ayam didadu atau dipotong kecil saiz gigitan.
- Perap isi ayam bersama-sama sos ikan, serbuk kunyit, garam dan tepung jagung.
- Potong kacang panjang sepanjang 1 inci. Carrot dipotong lebih kurang saiz kacang panjang juga. Bawang besar dihiris tebal-tebal. lada merah dihiris memanjang dan tebal.
- Panaskan 1 cawan minyak. Ketuk bawang putih dan tumis sebentar sahaja.
- Masukkan ayam yang telah diperap. Kacau goreng dengan api yang besar selama 10 -15 saat sehingga ayam garing.
- Kecilkan api, masukkan bawang besar, lada merah dan kacang panjang. Kacau gaul lagi selama 3 saat.
- Tuskan minyak menggunakan penapis besi. Sedia untuk dihidangkan.Tip Masakan...1. Menggunakan ayam yang dipotong kecil bersama tulangnya sekali. Bila menggunakan ayam seperti ini, ayam perlu dimasak lebih lama. Harus dipastikan darah ayam pada tulang betul-betul kering untuk menentukan ayam telah masak. Agak sukar mendapatkan ayam yang garing kecuali anda menggunakan dapur bertekanan tinggi.2. Tujuan menggoreng ayam menggunakan api yang besar adalah supaya ayam goreng yang terhasil garing diluar tetapi lembut dan berjus didalam. Tanpa api yang besar, isi ayam akan menjadi keras dan kering apabila masak terutama isi ayam bahagian dada.3. Jika menggunakan carrot, ia perlu dimasak lebih lama kerana carrot lebih lambat empuk. Jika anda suka sayuran yang segar, anda boleh masukkan bersama-sama bawang besar seperti cara diatas. Jika anda inginkan carrot yang lebih lembut, saya cadangkan anda keluarkan dahulu isi ayam yang siap digoreng supaya ia tidak terlebih masak.
No comments:
Post a Comment