Wednesday, 13 May 2015

Kek Coklat Kukus Lembab


Resepi Kek Coklat Kukus Lembab.j


Bahan Kek Coklat Kukus Lembab 

( size loyang 18cm )

 


1 cawan tepung gandum


1/4 cwn serbuk koko van houten


1 sudu kecil baking powder


1 kotak susu coklat (250ml)


2 biji telur (size M)


1 cawan gula halus


1/2 cawan butter


3 sudu besar susu pekat


1/4 cawan minyak masak dan esen vanila




TOPPING


3-5 sudu besar susu pekat


1/4 cawan serbuk koko van houten


2 sudu besar butter


2 sudu besar susu segar 
 

 

 

Cara Buat Kek Coklat Kukus Lembab



  1. Pukul telur, gula dan butter sampai kembang. Kemudian titiskan esen vanila dan pukul lagi. 

  2. Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder. 

  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur. Kaup balikkan. 

  4. Masukkan susu kotak, susu pekat, minyak dan gaul sebati. 

  5. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilengser minyak / marjerin. Tutup dengan aluminium foil.. Seterusnya kukus 45minit.. Dah masak sejukkan. 

  6. Untuk topping...campurkan semua bahan dan masak secara double boiler. Seterusnya boleh curahkan kat atas kek yang dah sejuk tadi.. Hiaslah apa suka.. Selepas itu simpan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong.... dah siap...boleh la makan.... 

  7. Selamat mencuba..

 

No comments:

Post a Comment