Bahan-Bahan Kuih Sagu Kukus
1 gelas sagu biji kecil – boleh guna 1/2 cawan sagu
3 gelas air – boleh guna 2 cawan air
3/4 gelas gula pasir- saya guna 1/2 cawan
Sedikit pewarna merah – boleh guna pewarna pink
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose – ( Pilihan, nak masukkan atau tidak )
Cara Buat Kuih Sagu Kukus
- Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 " ( blh masukkan dalam bekas lompang je.. senang nak makan nanti )
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
- Apabila sudah masak, sejukan dan cungkil dengan butter knife untuk keluarkan dari bekas lompang tu dan gaul dengan kelapa..siap.
No comments:
Post a Comment