Wednesday, 27 May 2015

HomeMade Black Pepper Sauce


Resepi HomeMade Black Pepper Sauce



Bahan Home-Made Black Pepper Sauce


2 sb Olive Oil

2 ulas Bawang putih - cincang

½ biji Bawang Besar – cincang

2 sb Butter

2 sb Tepung Gandum

125ml Susu Segar + 125 ml Air

½ cawan Stok Ayam*

2 sb Lada Hitam Biji - di kisar kasar

1 sb Kicap Pekat

Garam

(* Stok Ayam lebihan ayam panggang. Kalau takda, boleh ganti dengan kiub ayam)




 

Cara Buat Home-Made Black Pepper Sauce


1. Panaskan minyak zaitun & tumis bawang putih sehingga wangi.

2. Masukkan bawang besar dan goreng sebentar lagi sehingga keperangan sedikit.
Blend sehingga menjadi pes.

3. Panaskan butter, masukkan tepung & kacau cepat sehingga sebati.

4. Masukkan susu perlahan-lahan sambil di kacau sehingga licin tidak bergentel.
Bila mendidih, masukkan stok ayam, pes bawang goreng tadi, lada, kicap & garam.

5. Masak mengikut kepekatan yang di kehendaki, campurkan air jika perlu.

6. Hidangkan dengan ayam panggang atau stik daging.




No comments:

Post a Comment