Bahan-Bahan Karipap Pusing
( Menghasilkan lebih kurang 60 biji )
*Doh berminyak* :
150 gm ( margerin + shorterning atau apa jenis minyak sayur ) **
300 gm tepung gandum
*Doh biasa*:
700 gm tepung gandum
Satu sudu kecil garam
Air
( anggaran dalam 2 cawan, klu doh terlalu lembik tambah sedikit tepung )
Cara Buat Karipap Pusing
1) Langkah pertama, Margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
2) Uli doh sampai seolah-olah berminyak. Kalau penat nak uli yang doh besar uli yang kecik-kecik lagi cepat. Kalau tak uli dgn betul nanti doh seolah-olah pecah tu bila goreng nanti doh karipap jadi macam berderai. Jadikan kepada 8 doh.
3) Langkah 2, 700 gm tepung gandum + air + air garam.
4) Uli hingga licin juga ikut seperti langkah 1 dan bahagikan kepada 8 doh
5) Langkah 3, ambil doh biasa canaikan sedikit jangan besar sangat dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yang besar.
6) Ambil doh yang telah di jadikan satu tersebut dan terap / canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai ( lihat gambar dibawah ). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
7) Langkah 5, Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai / terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati-hati semasa mencanai ni... Biarkan bentuknya lonjong ) seperti gambar dibawah), kemudian golong semula seperti gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sebanyak 2 kali di sini).
8) Langkah 6, Doh yang telah di gulung kali kedua kemudian di potong kepada 4 bahagian. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kepada saiz doh yang telah di gulung.
9) Setelah doh di potong, canaikan semula ( seperti cara membuat karipap biasa ) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
10) Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu..
Mudah bukan. :)
No comments:
Post a Comment