Tuesday, 14 April 2015

Resepi Udang Tauhu

Resepi Udang Tauhu

Bahan Resepi Udang Tauhu


( 5-6 org makan )


500gm udang - cuci / tos / di garam dan kunyit


4-5 keping tauhu - digoreng / potong sedikit tebal


2-3 biji kentang - potong / belah 6 atau 8 / goreng


5 ulas bawang putih - ketuk


2 batang serai -  titik / ketuk


1 atau 2 labu bawang besar - potong / dibelah 6 atau 8


2 biji tomato - potong 8 bahagian


10 biji cili api - letak sebiji-biji


4 sudu besar sos tomato


2 sudu besar kicap manis


1 sudu besar serbuk lada hitam @ ikut kepedasan


*maggi secukup rasa







Cara Buat Resepi Udang Tauhu


  1. Panaskn 1/2 cawan minyak. Tumis bawang putih, serai dan ikuti cili api sehingga naik bau dan sedikit garing.

  2. Masukkan udang ( api besar ) kacau dikuti serbuk lada hitam, sos tomato, kicap manis dan bawang besar. 

  3. Gaul sebati semua bahan, masak menggunakan api besar...sesuai rasa garam, boleh juga diletakkan maggi secukup rasa.

  4. Apabila udang dah masak, masukkan tomato. Ketika tomato 1/2 layu, tutup api dan masukkan tauhu dan kentang. Gaul sebati.

  5. Boleh dihidangkan panas-panas, dengan taburan daun bawang dan bawang goreng. Sangat mudah.

  6. Selamat mencuba... 



No comments:

Post a Comment